Saturday 14 November 2015

IS mengaku serang Paris…


Tandatanya mengenai siapa yang melakukan siri serangan di Paris yang mengemparkan dunia terjawab.

Ini bila kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang setakat ini akibatkan 128 terbunuh dan 180 cedera.

Sebanyak enam lokasi diserang dalam kejadian itu.Yang terburuk ialah di dewan konsert Bataclan dimana sekitar 100 orang terbunuh di situ.
Dalam kenyataan yang diedarkan oleh para penyokong IS ia mendakwa serdangan itu dilancarkan oleh laan anggota militan yang memakai bahan peletup di badan dan guna senjata mesengan.

Kumpulan itu juga dilaporkan memberi amaran keras terhadap Perancis yang terus menjadi sasaran utama jika negara itu masih meneruskan dasar-dasar mereka.

Sementara itu, Kumpulan IS pada awal pagi Sabtu dilaporkan mengedarkan satu video tidak bertarikh mengancam untuk menyerang Perancis jika pengeboman pejuang IS diteruskan.

Menerusi media rasmi kumpulan itu, Al-Hayat Media Centre, IS membuat ancaman menyeru penduduk Islam Perancis melancarkan serangan.

Presiden Peranchis Francois Hollande menyalahkan IS dan menyifatkan serangan itu sebagai ‘ satu tindakan perang’.

No comments:

Post a Comment