Saturday 14 November 2015

PAS tidak tergugat dengan kehadiran PH di Kelantan - Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Kedudukan PAS di Kelantan tidak tergugat meskipun terpaksa bersendirian untuk berdepan dengan gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan (PH) selain seteru utamanya Barisan Nasional (BN).
 
Malah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yakin PH dianggotai PKR-DAP-Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan di peringkat akar umbi di negeri itu.
 
"Di Kelantan ini DAP tiada, PKR pun satu kerusi sahaja dan PKR selama ini menumpang jentera PAS," katanya kepada Antarapos.

IS mengaku serang Paris…


Tandatanya mengenai siapa yang melakukan siri serangan di Paris yang mengemparkan dunia terjawab.

Ini bila kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang setakat ini akibatkan 128 terbunuh dan 180 cedera.

Sebanyak enam lokasi diserang dalam kejadian itu.Yang terburuk ialah di dewan konsert Bataclan dimana sekitar 100 orang terbunuh di situ.

1MDB: Lepas tolak hutang masih ada aset RM12 bilion


Suasana pagi Sabtu di PWTC lebih meriah dari biasa. Sejak jam lapan pagi, ramai yang beratur panjang untuk masuk ke Dewan Tun Hussein Onn bagi menghadiri Majlis Penerangan Perdana bagi menerangkan isu-isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016.

Kelibat Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad, Menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri, MB Perlis Datuk Seri Azlan Man, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, selain pengarah filem Datuk Shuhaimi Baba antara lebih dua ribu yang hadir ke majlis tersebut.