Friday 29 November 2013

Lagu Tanya Sama Najib sudah jadi “Tanya Sama Anwar Apa Sebab Goyang”

Jika sebelum ini lagu “Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang” pernah didendangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum 13 yang lalu, kali ini rentak yang sama boleh dinyanyikan.

Mungkin rangkapnya begini pula…..“Tanya Sama Anwar, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Anwar 11 Cabang Aku Dah Hilang’.

Menurut Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jeneri, Yb Mahadzir Abdul Hamid, rangkap dan lagu berkenaan cukup sesuai untuk diamati oleh Ketua Pembangkang itu yang hari ini mungkin telah menyedari hakikat yang sebenarnya.

 
Kata beliau retorik oleh pembangkang khususnya PKR di negeri itu boleh diumpamakan senjata makan tuan setelah hasrat untuk melebarkan pengaruh mereka di Sabah tidak kesampaian yang hanya menampakkan kecelaruan.

“Begitulah jadinya jika sebuah kapal yang ramai nakhoda… Bila dah ramai nakhoda ini kita boleh sama-sama fikirkan bagaimana kesan dan impaknya kepada kapal berkenaan dan apa yang berlaku di Sabah hari ini adalah petanda kepada perkara berkenaan.

“Lain yang disasarkan lain pula yang jadi dan perumpamaan serta lagu di atas cukup elok untuk dihayati oleh pimpinan PKR. Kegagalan pimpinan PKR di Sabah harus menjadi tanggungjawab semua dan itulah yang saya sebutkan soal kapal banyak nakhoda tadi,” katanya.

Kata beliau kesatuan yang padu amat diperlukan dalam sesebuah parti politik untuk memastikan parti berkenaan terus mengorak langkah dengan penuh terjamin dalam usaha menabur khidmat bakti kepada rakyat secara menyeluruh.

“Ini tidak…Soal kesatuan pun entah ke mana jadi sama-sama hayati dan sama-sama fikirkan. Ini adalah asas dan bukannya perkara main-main. Sebab itulah tidak pelik dan bukan sesuatu yang ganji senario di Sabah itu berlaku,”ujarnya.

DAP jangan angkuh 1.2 juta penjawat awam yang digelar “Kucing Kurap” ada kuasa mengundi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah percaya sikap biadap dan angkuh pemimpin DAP yang enggan memohon maaf atas gelaran “kucing kurap” kepada kakitangan awam akan terus kekal dalam ingatan lebih kurang 1.2 juta kakitangan awam seluruh Negara.

Justeru, beliau berharap 1.2 juta kakitangan awam akan beri pengajaran berguna bukan saja kepada ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi seluruh kepimpinan DAP termasuk pakatan pembangkang yang lain pada masa hadapan terutama ketika pilihan raya umum nanti.

Jelasnya lagi sikap yang ditunjukkan Jeff Ooi ini memberikan gambaran bahawa inilah sikap dan cara kepimpinan DAP yang angkuh, sombong serta tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau sejak penghinaan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu, ramai pihak telah menggesa agar DAP mengambil tindakan segera malah Jeff Ooi juga didesak memohon maaf secara terbuka.

Namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan malah pimpinan tertinggi DAP juga tidak memberi sebarang respon terhadap isu ini.

"Tindakan berdiam diri DAP ini seakan merestui pemimpin mereka bersikap kurang ajar dan mencela penjawat awam. Atau adakah mereka bersetuju dengan cara ahli parlimen  Jelutong ini… DAP harus sedar diri dan jangan terlalu rasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang kerana mereka mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja.

"Mungkin DAP berasa selesa berlandaskan pencapaian mereka pada PRU yang lalu tetapi jangan lupa, rakyat sekarang ini bukan bodoh dan mampu berfikir lebih jauh. Tidak mustahil mereka akan ‘mengajar’ DAP pada PRU akan datang sekiranya rakyat terutamanya penjawat awam terus dihina,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menambah, DAP seharusnya tegas mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang bersikap keterlaluan sebagaimana mereka sering mendesak kerajaan pusat mengenakan tindakan terhadap pemimpin yang melakukan kesalahan.

Tidak mustahil 1.2 juta penjawat awam di negara ini bakal memberi pengajaran bermakna kepada pembangkang khususnya DAP.

Jika sebelum ini ada pemimpin DAP yang menuduh punca rasuah berleluasa adalah kerana ramai orang Melayu bekerja sebagai kakitangan awam kini penjawat awam disamakan pula dengan kucing kurap.

Tuesday 26 November 2013

Kekalahan Mahfuz Kecohkan Dewan Rakyat

Dialog: Mahfuz kata, kau ni Husam..main tipu ehh...Husam jawab, padan muko kau Mahpus.
KEGAGALAN Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini, sekali gus mencetuskan kekecohan.

Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".

Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Kenyataannya mendorong Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bangun mencelah dengan mengatakan walaupun kalah, Mahfuz masih bersemangat dan ternyata anggota Pas silap kerana tidak mengekalkannya sebagai naib presiden parti itu.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang turut bangun mencelah berkata, Pas sendiri gagal menguruskan pemilihan parti dengan baik sehingga Mahfuz gagal mempertahankan jawatan itu.

"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang Pas tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang Pas urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?

"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.

Sindiran Noh itu menyebabkan Mahfuz membalas dengan menyasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "pekak badak" kerana tidak mendengar aduan berhubung proses pilihan raya umum baru-baru ini.

"SPR orang dah beritahu berpuluh kali, tunjuk perasaan pun tak reti, pekak badak...mereka (penunjuk perasaan) kena tangkap, sembur dengan gas pemedih mata pun buat tak reti juga," katanya.

Keputusan pemilihan PAS yang diumum semalam menyaksikan Mahfuz kalah dengan perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang meraih tempat ketiga selepas menerima 520 undi.

Dua lagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi).

PKR Sabah hampir lumpuh, 11 ketua cabang PKR umum keluar parti

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata apa yang berlaku hari ini adalah gelombang pertama kerana selepas ini akan ada gelombang kedua yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.

“Hari ini adalah  satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

“Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

“Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya  BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah,” ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain kekal bebas

Mahkamah Rayuan Putrajaya,  mengekalkan keputusan mahkamah tinggi melepaskan dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan mengakibatkan kematian pelajar sekolah berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, tiga tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Jenain, 50.

Balia memutuskan tiada merit dalam rayuan pendakwaan.

Beliau berkata, mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya berhubung isu berkaitan niat Jenain untuk mengakibatkan kematian pelajar lelaki itu.

Mahkamah tinggi, ketika membebaskan Jenain pada 2012, memutuskan bahawa Jenain tidak mempunyai niat untuk mengakibatkan kematian Aminulrasyid, sebaliknya menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan niat menghentikan kenderaan berkenaan.

Balia berkata, daripada 30 tembakan yang dilepaskan, sebutir peluru menembusi kereta itu manakala bakinya mengenai bahagian bawah kenderaan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat merupakan dua lagi hakim yang menganggotai panel itu.

Balia berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa mahkamah tinggi dengan sendirinya membuat keputusan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan dalam lingkungan maksud Seksyen 80 Kanun Keseksaan.

"Pihak pembelaan menimbulkan isu ini semasa membuat penghujahannya di mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi. Tidak boleh dikatakan bahawa mahkamah tinggi telah terkhilaf dalam penghakimannya. Isu Seksyen 80 bukanlah pembelaan Jenain.

"Mahkamah tinggi dalam keputusannya telah menyebutkannya sepintas lalu dan ia bukanlah teras penghakimannya untuk membenarkan rayuan Jenain," kata Balia.

Pada 13 September 2011, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Jenain selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan itu.

Jenain didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April, 2010.

Pada 5 Disember tahun lepas, mahkamah tinggi meminda keputusan itu dan membebaskan Jenain selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.

Pendakwaan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di luar mahkamah, Jenain, yang diiringi keluarganya, berkata beliau berterima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya kerana sokongan mereka.

Kata Jenain, beliau akan kembali bertugas dalam pasukan polis.
 
Jenain diwakili peguam peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Duzuki Mokhtar dan Wan Saharuddin Wan Ladin mengendalikan pendakwaan.

DAP Pulau Pinang kecam Jeff Ooi isu gelaran 'kucing kurap'

DAP Pulau Pinang menjauhkan diri daripada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang biadap terhadap pegawai rendah majlis perbandaran dengan menggelar mereka ‘kucing kurap’.
 
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yew berkata, teguran Ooi itu tidak mencerminkan pandangan DAP atau kerajaan negeri, dan berupa “teguran tidak rasmi” atau “pandangan peribadi”.
 
Menurutnya, Ooi tidak pernah menyuarakan sebarang aduan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di dalam mana-mana mesyuarat dalaman, sama ada dengan mana-mana parti atau kerajaan negeri.
 
“Ada 40 wakil DAP di Parlimen, dan negeri tidak boleh bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka,” katanya.
 
Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan Ooi memohon maaf, Chow berkata: “Itu terpulang kepada beliau.”
 
Chow yang juga Ahli Exco bagi Kerajaan Tempatan seterusnya mempertahan Pengerusi MPPP, Datuk Patahiyah Ismail yang diserang oleh Ooi.
 
Menurutnya, tidak adil bagi Ooi untuk meminta Patahiyah meletakkan jawatan jika beliau tidak dapat menjalankan tugas seperti mana penyandang jawatan terdahulu.
 
Ooi sebelum ini mengecam Patahiyah kerana menghantar pegawai berpangkat rendah dan kurang pengetahuan untuk menyelesaikan aduan peniaga haram di kawasannya di Jelutong dan menggelar mereka ‘kucing kurap.’
 
“Prestasi majlis perbandaran juga mencerminkan prestasi kerajaan negeri, jadi kita mesti bersama bertanggungjawab.
 
"Jika majlis gagal berfungsi dengan baik, ia juga bermakna kerajaan negeri turut tidak berfungsi dengan baik. Tetapi penduduk Pulau Pinang memberi kita mandat kedua, ini bermakna penduduk berpuas hati dengan prestasi majlis,” kata Chow.
 
Ooi menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana tegurannya, termasuk daripada Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman yang menyelar beliau kerana tidak menghormati kakitangan kerajaan dan tidak mematuhi semangat musyawarah di dalam Pakatan Rakyat.

Bekas guru percaya adiknya jadi hamba di London

SEBUAH keluarga di Negeri Sembilan mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah anggota keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen, Kamar Mautum Abdul Wahab dari Jelebu berkata, beliau yakin adiknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Kehilangan Aishah katanya menyebabkan keluarganya berasa cukup sedih. Malah ujar Kamar, ibunya telah meninggalkan wasiat supaya Aishah  dijejaki.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya dipetik The Daily Telegraph.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Tipu NFCorp: Nama Mahathir dimasuk dalam pindaan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, meminda lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang dihadapi Datuk Shamsubahrin Ismail dengan memasukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan itu.

Hakim Rozilah Salleh meminda kelima-lima pertuduhan menipu itu dalam penghakimannya semasa memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta, dua tahun lepas.

Rozilah membuat pindaan itu mengikut Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memerintahkan Shamsubahrin, 47, seorang ahli perniagaan membela diri terhadap 17 lagi pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang sama (RM1.755 juta).

Dalam keputusannya, Rozilah berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Selepas membacakan keputusannya, Rozilah meminta jurubahasa mahkamah membacakan semula kesemua pertuduhan pindaan itu kepada Shamsubahrin. Dia mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shamsubahrin, didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir bagi membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid's Pub di H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku di sini pada 6 petang, 20 November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua hingga kelima, Shamsubahrin didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan untuk melakukan kerja-kerja konsultan.

Perbuatan itu mendorong Mohamad Salleh menyerahkan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM1.755 juta dan mempercayai sebahagian daripada wang itu adalah untuk bayaran perkhidmatan rundingan, nasihat dan untuk diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat polis berkaitan NFCorp.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa buah bank di Taman Tun Dr Ismail; Kuala Lumpur City Centre (KLCC); dan di Petaling Jaya antara 25 November 2011 dan 5 Disember 2011.
Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.   

Dia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kerana terdapat elemen baharu dalam pertuduhan yang memerlukan pihaknya menentukan saksi-saksi yang bakal dipanggil dalam perbicaraan membela diri.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan dan tiga hari mulai 20 Februari tahun depan untuk perbicaraan.

 Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa

Monday 18 November 2013

Wahai Pas!!… berhentilah dari terus bermain sandiwara

Tak habis-habis puak-puak Pas ni nak bersandiwara lagi pasal hukum Hudud... Umno dah setuju Hudud dilaksanakan di Kelantan, malah Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad pun kata Kelantan dah boleh buat hudud, tapi still puak-puak bijak pandai putar belit ni masih nak korner.

Sepatutnya bila orang lain dah bagi lampu hijau kepadanya untuk buat hudud, buat sajalah... jangan cari alasan lain lagi nak tangguh-tangguhkan pelaksanaannya. Nampak sangat Pas ni dah mula gelabah...tak tahu nak mula dari mana nak buat hudud.

Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-59 yang akan diadakan pada 22 November ini, rakyat bakal disajikan dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.

Antara kenyataan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan hudud.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha parti itu, namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan Islam.

Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu, sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya.

Manakala bagi pihak PKR pula, melalui perjuangan ‘pemimpin anugerah tuhan’ yang ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama.

Malah disebabkan faham pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.

Paling menarik, apabila Anwar dengan segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.

Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara semata-mata. Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan yang bakal mengundi nanti.

Ini kerana, dengan mengambil kira pendekatan kempen Pas selama ini, sekiranya benar parti itu ikhlas ingin memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti ‘talam dua muka’.

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi di manakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi di manakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Sebenarnya isu Hudud ini sengaja dibangkitkan, kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini.

Di samping isu pencapaian dalam PRU-13, isu tahalluf siasi, isu syiah, kalimah Allah, pengaruh liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.

Ia terkait langsung dengan asas perjuangan Pas untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian. Sedangkan isu itu terhubung dengan persoalan akidah. Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.

Isu perjuangan Comango sangat jelas bercanggah dengan Islam. Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat tidak dibantah oleh Pas. 54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti Perlembagaan Malaysia. Mengapa Pas membisu? Lujnah Penyelidikan Pas yang diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.

Isu parasit dalam Pas dan pengaruh Anwariyyun memang diketahui umum. Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.

Isu Pas dalam politik Malaysia bukan sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan professional. Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan.

Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara “berkebajikan” ia sudah lari daripada ideologi. Ia adalah suatu kesilapan besar.

Berbalik kepada isu asal, PKR mungkin tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu dan Islam mengetahui belang sebenar mereka. Namun DAP sudah pasti bakal menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di Selangor dan Kelantan.

Kepada para pemimpin Pas, berhentilah dari terus bersandiwara. - Dr Muslim Umar

Batal pendaftaran : Karpal tipu atau tidak, apa yang boleh mereka lakukan?

Penulis tak faham apa yang Naib Ketua Pemuda PAS yang baru bising sangat dengan hakikat bahawaKarpal menipu ada buat kenyataan mahu PAS diharamkan kerana menggunakan nama Islam pada partitersebut.

Karpal kata kenyataannya pada 5 November tidak langsung menyebut pasal soal itu (mahu PAS diharamkan kerana guna perkataan Islam), tapi Pemuda PAS pulak kata ada bukti dalam bentuk CD.


So what kalau betul pun Karpal menipu?  Nak putuskan hubungan dengan DAP ke? Nak desak Karpal minta maaf ke?  Kalau tak, apa?  PAS nak keluar dari Pakatan Rakyat?

Penulis tak rasa itu akan terjadi kerana hubungan luar nikah dengan DAP ini terbukti telah mencambahkan benih haram yang memberikan keuntungan yang tak terkira banyaknya kepada PAS.

Kerana hubungan inilah ADUN PAS dapat jadi Exco di Selangor, jadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam di Pulau Pinang, Mat Sabu dapat masuk jadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dan sebagainya.

Malah, ADUN PAS dapat merasa jadi Menteri Besar Perak buat pertama kali pada 2008 (walaupun hanya ada 6 kerusi) sebab sokongan dari DAP.

Ini semua ada masyuk tau, jadi gila ke dek sebab satu penipuan macam itu oleh Karpal Singh, Pemuda PAS berharap parti tersebut akan putuskan hubungan dengan DAP.  Sudah tentu tidak masuk akal sama sekali.

Lainlah kalau Pemuda PAS boleh ganti semula semua keistimewaan yang hilang kalau perkara itu terjadi nanti!!  Rasanya tak mungkin.

Eh, penulis nak sebut ni, hudud – yang digembar gembur sebagai undang-undang Allah swt yang wajib dilaksanakan tidak kira apa itu pun, PAS sanggup ketepikan demi menghalalkan hubungan haram dengan DAP, apa sangat dengan Karpal menipu pasal nak PAS diharamkan?

Tuhan pun ulama ulama PAS sanggup ketepikan demi DAP, apa Pemuda PAS ingat mereka lebih tinggi dari Tuhan ke?

Sebetulnya, apa yang Pemuda PAS buat sekarang (dengan mempertikaikan Karpal) ini, sebenarnya tidak lebih dari permainan politik untuk menghadapi pemilihan pada Muktamar yang akan datang (22 November).  

Adalah nanti salah satu dari 2 fraksi yang wujud dalam PAS sekarang yang akan dapat kelebihan bila isu Karpal ini diperbesarkan.

Masa inilah semua benda pun naik; hudud, hubungan dengan DAP dan sebagainya yang bertentangan dengan norma tradisi menjadi parti yang kononnya memperjuangkan Islam seperti PAS.

Nanti senanglah nak gebang, Islam masih jadi perjuangan teras PAS walaupun bekerjasama dengan DAP – konon, kononnya lah. - mykmu.net

Pesawat komersial kurang sesuai untuk lawatan rasmi PM ke luar negara

"Kalau kereta rosak, boleh berhenti di tepi jalan, bagaimana kalau kapal terbang yang Perdana Menteri naik itu rosak?," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.

Kata beliau, antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.

“Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).

“Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa ‘charter’ sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.

Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?,” katanya.

Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan.

Betul ke... 23 hilang dalam Villa Nabila???


Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor. 

"Fakta sebenar?," itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.



"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.


"Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?," tanya saya lagi.

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.

Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama. 

Berikut gambar dihantar oleh Zulhazri pada jam 1.48 tengahari tadi. 


Jika ingin melihat suasana sebenar Villa Nabila berusia kira-kira 40 tahun. Dapatkan fakta, bukan sekadar mendengar khabar angin disebarkan di media sosial.

Villa Nabila telan manusia???

Ini 'kuasa baru' media sosial... bayangkan bagaimana satu rumah kosong, boleh jadi topik yang diperkatakan jutaan orang melalui berbagai medium media sosial, facebook, twitter, instagram...

Kadang-kadang kita naik 'seram' fikir macam mana satu-satu perkara boleh jadi 'viral' begitu dahsyat terutamanya ketika fakta dan mitos bercampur.

Al kisah Villa Nabila kononnya rumah kosong yang paling berhantu di Johor, nombor lima paling berhantu di Malaysia dan nombor 10 di seluruh dunia.

Entah siapa yang pergi periksa rumah-rumah berhantu ini pun tak ada yang tahu... cuma ia tersebar, meluas melalui media sosial.

Kononnya juga, Villa Nabila ini ditinggalkan selepas terjadi kes bunuh melibatkan budak kecil Nabila yang dibunuh orang gaji dan disimen di dalam dinding.

Sekali lagi, entah betul entah tidak, tapi itulah yang tersebar.

Villa Nabila jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba.

[IMG]/images/stories/villanabila500.jpg[/IMG]

Bagaimanapun, Bernama melaporkan hanya seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, pada Isnin.

Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.

Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya.-18/11/2013


LAPORAN SIN CHEW DAILY ISNIN MENGENAI ISU VILLA NABILA

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia.

Vila itu dikatakan diselubungi dengan pelbagai misteri dan punca rumah besar itu dikosongkan tetap menjadi tanda tanya penduduk sekitar.

Sin Chew Daily melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat empat versi mengenai rumah hantu itu.

1. Pada 1970-an, seorang yang mempunyai nama keluarga Yap telah muflis sehingga seluruh keluarga membunuh diri dalam Vila Nabila.

2. Seorang hartawan telah meninggalkan harta kepada anaknya, tetapi pewaris harta itu kemudian dibunuh oleh orang gaji yang tamak. Mayat anak itu dikatakan ditanam dalam Vila Nabila.

3. Seorang hartawan wanita dirogol dan dibunuh manakala mayatnya disembunyi dalam dinding Vila Nabila.

4. Seorang ayah yang dibebani hutang besar telah membunuh semua ahli keluarga sebelum membunuh diri.

Wartawan yang menyemak empat versi itu melalui arkib berita bagaimanapun mendapati keempat-empat kejadian itu tidak pernah dilaporkan media.

Dalam pada itu, misteri dikatakan menyelubungi wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan remaja di Vila Nabila apabila kamera seorang jurufoto akhbar Cina tiba-tiba tidak berfungsi dalam kawasan vila.

"Jurufoto ini terjatuh dan tercedera di bahagian lutut, kameranya yang berada dalam keadaan baik tiba-tiba tidak berfungsi.

"Kamera itu berfungsi semula apabila berada di luar kawasan Vila Nabila, tetapi ia akan bermasalah semasa jurufoto menghampiri vila," lapor Sin Chew Daily.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa seorang remaja Melayu dilaporkan hilang ketika `melawat' rumah hantu tersebut.

Seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Megat,16, bagaimanapun mendakwa dirinya bersama kira-kira 29 rakan lain telah `melawat' Vila Nabila, tetapi hanya lapan orang yang keluar dari rumah misteri tersebut.

Megat mendakwa, dirinya dan rakan lain hilang ingatan selepas memasuki Vila Nabila dan tiba-tiba bersama tujuh rakan lain berada di surau berdekatan.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai merupakan emak kepada remaja yang hilang dilihat meletakkan beras di kawasan sekitar Vila Nabila.

Kejadian kehilangan remaja di Vila Nabila menyebabkan ramai penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut.

Kesesakan berlaku di Jalan Strait View apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk meninjau vila misteri itu.-18/11/2013 -MG

Tuesday 12 November 2013

Keling ni lagi....


Sekilas ikan di air sudah kenal jantan betina...Mereka yang faham cara politik puak pembangkang sudah boleh jangka inilah babak seterus isu meroboh bangunan tambahan di kuil Sri Muniswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa lagi kalau bukan untuk meriuhkan sentimen marah kaum India terhadap kerajaan. Mereka yang pergi melihat situasi kuil itu yang terletak di tengah 'Segi Tiga Emas' pusat bandaraya tahu sudah dapat membuat kesimpulan bagaimana ia tidak wajar berada di situ.

Lagi pun tanah itu adalah milik syarikat swasta dan DBKL. Namun atas nama politik gambaran yang cuba diberi ialah pihak DBKL bertindak samseng dan pelbagai dakwaan yang cetus perasaan sakit hati.

Isu sebenar sudah dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.Katanya yang diroboh bukan kuil tetapi bangunan tambahan sekitarnya.

Selasa, Ahli Parlimen PKR N Surendran cuba untuk berlagak hero dalam Dewan Rakyat telah mengemukakan usul tergempar agar isu itu dibincangkan.

Timbul ketegangan bila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak uusl berkenaan.

Naib Presiden PKR itu enggan mematuhi arahan Pandikar Amin supaya duduk dan tidak membangkitkan isu berkenaan kerana usul pemimpin pembangkang itu ditolak disebabkan tidak mematuhi peraturan Dewan.

Menurut Speaker, Surendran boleh membawa usul secara persendirian dengan mengemukakan notis dua hari.

Bagaimanapun, Surendran berkeras mahu usul itu didengar kononnya tindakan DBKL itu merampas tanah kuil yang sepatutnya dijadikan bangunan Warisan Sejarah.

Bagaimanapun, menurut Pandikar Amin, beliau sudah memanggil menteri Wilayah Persekutuan serta meminta fakta mengenai perobohan binaan tambahan di kuil itu.

“Saya dimaklumkan perkara berbeza. Kuil tak dirobohkan. Gambar saya terima. Hanya struktur tambahan dirobohkan, kuil masih berdiri,” tegas Speaker sambil menyifatkan Surendran ada agenda politik dengan membangkit isu tersebut.

Menurut beliau lagi, tanah itu milik swasta dan DBKL.

“DBKL prihatin sebab tak robohkan kuil. Semua fakta diambil kira. Saya jawab ini kerana jika tidak nampak macam saya buat tak betul. Saya buat bukan ikut perasaan atau ikut telunjuk kerajaan,”.

“Jangan heret saya dalam isu yang ada agenda politik,” tegur beliau.

Beliau tidak setuju dengan dakwaan tindakan meroboh itu sebagai meramaps kerana hakikatnya tanah itu adalah milik Hup Seng dan DFBKL dan bukan kuil berkenaan.

Keputusan Speaker itu terus dibantah Surendran, ahli parlimen PKR Kapar G. Manivannan dan ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin

Pertikaman lidah antara ahli parlimen pembangkang dengan Pandikar Amin berakhir dengan speakar itu mengarahkan Surendran keluar Dewan.

Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin, berkata DBKL tidak merobohkan kuil itu sepenuhnya hanya bangunan tambahan berkenaan yang dibina secara haram.

“Kita ikut SOP (Standard Operating Procedure). Kita tak usik berhala-berhala di dalam kuil itu.  Malah kita mahu memperindahkan tempat sembahyang itu. Kita cuma tak mahu orang berniaga di situ,” katanya.

Malah dalam satu sidang media berasingan, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel mengesahkan tindakan DBKL tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.

Beliau mengesahkan kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.

“Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik,” katanya.

Sebelum itu di luar bangunan Parlimen kira-kira 20 orang yang membantah tindakan roboh bangunan tambahan kuil itu berkumpul mahu masuk ke Parlimen untuk menghantar memorandum.

Roboh binaan kiri kanan kuil... Ku Nan pertahan DBKL

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan bangunan tambahan yang dibina secara haram di Kuil Sri Muniswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur, tidak patut diputarbelitkan kerana ia dibuat atas perintah mahkamah.

DBKL hanya merobohkan bahagian tambahan kuil yang dibina di atas tanah kepunyaan Hap Seng tanpa kebenaran serta restoran di sisi kuil yang dibina secara haram.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL tidak merobohkan kuil itu sepenuhnya seperti diputarbelitkan oleh pembangkang, tetapi hanya shrine (rumah berhala/tempat sembahyang) serta bangunan tambahan berkenaan yang dibina secara haram.

"Kita ikut SOP (Standard Operating Procedure). Kita tak usik berhala-berhala di dalam kuil itu.  Malah kita mahu memperindahkan tempat sembahyang itu. Kita cuma tak mahu orang berniaga di situ," katanya.

Adnan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013, di Medan Tuanku di Kuala Lumpur, Isnin.

Malah dalam satu sidang media berasingan, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel mengesahkan tindakan DBKL tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu. Beliau mengesahkan kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.

"Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan mengenai Perhutanan dan Penyelidikan Produk Hutan 2013, Isnin.

kunan-kuilxx

Sementara itu, Tengku Adnan berkata DBKL hanya bertindak berasaskan perintah mahkamah untuk mengubah dan mengambilalih kawasan berkenaan setelah banyak  notis yang diberikan kepada pengusaha kuil berkenaan tidak diendahkan.

"Mereka boleh cakap apa sahaja tetapi kami mahu memastikan supaya tanah-tanah milik kerajaan atau orang lain yang telah dicerobohi, dipulangkan kepada pemilik yang asal," katanya.

Menurut Tengku Adnan, baru-baru ini dia telah menghantar seorang sami untuk meninjau kuil berkenaan tetapi mendapat laporan yang mengejutkan.

"Baru-baru ini kita hantar seorang sami pergi melihat. Dia mahu ke bilik air tetapi telah ditahan. Bagaimanapun akhirnya dia dapat masuk dan terkejut melihat di dalam bilik air itu ada arak, botol brandi dan whisky. Maka, ada orang menyalahgunakan tempat ini. Sami itu malah meminta ia dirobohkan serta merta kerana katanya ia amat memalukan."

Tengku Adnan berkata pihaknya juga mendapati pembinaan rumah berhala di dalam kuil berkenaan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya. Menurutnya pihaknya akan memperbetulkan perkara itu di samping menyediakan bekalan air.

"Kalau ikut cara pembinaan kuil yang betul, ia mesti mempunyai sumber bekalan air. Mungkin kita akan membuat perigi juga. Yang kedua, apabila kita membina kuil, ia mesti mempunyai sebuah "dome" yang mesti menghala ke arah Timur. Ini akan kita perbetulkan. Kita mahu memperindahkan kuil ini supaya ia juga boleh menarik pelancong.

kuil3xx

"Tetapi paling menyedihkan kuil ini telah disalahgunakan sebagai tempat menjual makanan. Setiap hari mereka mendapat antara RM2ribu hingga RM3 ribu. Jika nak niaga, berniagalah di tempat yang betul," katanya.

Menurut Tengku Adnan Hup Seng akan membiayai kos pengubahsuaian kuil berkenaan dan DBKL akan memantaunya. Katanya mereka juga akan berbincang dengan badan bukan kerajaan, Hindu Sangam sama ada mereka bersedia menjaga kuil berkenaan.

Diminta mengulas mengenai desakan pihak-pihak tertentu supaya dia melepaskan jawatan, Tengku Adnan berkata dia tidak ambil peduli.

“Saya tak ambil kisah tentang desakan letak jawatan itu. Kalau tanah itu bukan tanah dia dan dia bangunkan bangunan secara haram, tak kiralah sama ada kuil, surau, masjid atau gereja, saya akan bagi notis dan kalau degil, akan robohkan.

"Kita tak boleh layan perkara karut seperti ini lagi. Negara ini ada undang-undang dan peraturan. Kita tak mahu orang mengambil kesempatan," katanya.

MB Pahang masuk wad ICU

Macam-macam khabar  angin timbul kebelakangan ini mengenai soal kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob termasuk ada yang kata beliau sedang sakit teruk.

Ini ekoran tersebar beliau dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital. Petang Selasa, menerusi satu kenyataan Adnan mengesahkan beliau dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu.

Katanya beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis (kencing tikus).

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 Nov yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Monday 11 November 2013

Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida

Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC), menurut sumber The Malaysian Insider.
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Polis buru Joemar disyaki simpan wang rompakan

Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompak dan bunuh pegawai Ambank baru baru ini, polis kini memburu seorang lagi rakannya yang dikenali Joemar dipercayai bersubahat dengan suspek dan menyimpan sejumlah besar wang rompakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, Joemar dipercayai warga Indonesia dan dipercayai bersubahat dengan suspek utama merancang rompakan.

"Joemar bukan penagwal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semual wang rompakan," katanya selepas merasmikan Seminar Pencegahan jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia semalam.

Menurut Abdul Khalid, Joemar dipercayai berasal dari Sulawesi dan berusia 35 tahun. Polis kini mengedarkan sebanyak 22 gambar Joemar termasuk disiarkan dalam blog Tengok TV Online Blogspot.

Suspek utama kes yang sama sebelum ini diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Oktober lalu dan polis tidak tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 (jumlah kesemuanya dikatakan mencecah RM450,000) yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidakboleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu dan menjumpai semula pump gun yang dipercayai digunakan oleh suspek utama di dalam longkang tidak jauh dari tempat kejadian.--MalaysiaGazette


http://malaysiagazette.com/nasional/polis-buru-joemar-disyaki-simpan-wang-rompakan#ixzz2kPWUuCl1

Mentua dalang bunuh menantu

BANGKOK: Ibu mentua bekas atlet menembak kebangsaan Thailand, Jakkrit X Panichpatikum, yang ditembak mati dalam keretanya bulan lalu, mengaku dalam satu program berita pagi Channel 3 bahawa dia bertindak sendirian mengupah penembak untuk membunuh menantunya itu.

“Saya satu-satunya individu di sebalik pembunuhan Jakkrit kerana saya hanya ada seorang anak perempuan iaitu isteri Jakkrit, Dr Nitiwadee Pucharoenyos.

“Suami saya meninggal dunia lama dulu,” kata Surang Duangchinda, 70, kepada pembaca berita, pagi semalam.

Surang berkata, anak perempuannya amat mencintai Jakkrit dan terpaksa menahan pelbagai penderaan dan pukulan dilakukan suaminya

Menurutnya, dia gagal membantu anak perempuannya walaupun merayu kepada menantunya supaya menghentikan perbuatannya, namun sebaliknya mangsa mengancamnya dengan mengacukan sepucuk pistol.

Dia dan anak perempuannya menerima layanan buruk daripada Jakkrit secara berterusan dan apa yang mereka mampu lakukan hanya bertenang dan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, katanya.

“Apabila anak perempuan saya hamil buat kali ketiga, mangsa terus menderanya secara fizikal dan mental sehingga keguguran.

“Saya memikirkan cara mengeluarkan anak perempuan daripada kesengsaraan, namun dia terlalu mencintai suaminya.

“Apabila Jakkrit keluar dari penjara dan cuba bersatu semula dengan isterinya, masalah sama berulang dan ia membuatkan saya memikirkan mangsa tidak pernah berubah,” kata Surang.

Dr Nitiwadee berkata, apabila dia mendapat tahu ibunya menjadi dalang di sebalik pembunuhan penembak Olimpik itu, dia tahu ibunya amat menyayanginya dan mahu ke penjara berbanding dirinya.

Surang dan Dr Nitiwadee bertemu Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, Paveena Hongsakula, semalam untuk mengucapkan terima kasih atas sokongannya dan dijangka membuat laporan polis pada tengah hari.

Jakkrit mewakili Thailand pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara 10 meter air pistol, 50 meter pistol dan 25 meter rapid fire pistol.

Dia ditembak mati seorang lelaki bersenjata di dalam keretanya ketika dalam perjalanan menuju ke rumah ibunya untuk makan malam 19 Oktober lalu.

Sunday 10 November 2013

Pelajar Malaysia dirogol empat pelajar Rusia

Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini, akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.

Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone. Mereka merogol pelajar Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan selepas satu majlis berpesta.
 
Kolej swasta itu mengenakan yuran tahunan sehingga £30,000 (RM 146,000) ke atas para pelajarnya. Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, turut memberi komentar yang menjijikkan dan tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka termasuk merakamkan perbuatan mereka menerusi iPhone.
Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol, tetapi para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka bersalah kerana melakukan hubungan seks.
Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang merupakan rakan se kolej dengan keempat-empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta yang diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.

Ketika para juri menyatakan keputusan mereka, keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan sebarang perasaan pun, tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis.
Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan merogol, Melnikov atas kesalahan merogol dan percubaan untuk merogol, manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya didapati bersalah atas satu kesalahan merogol. Mereka kini ditahan reman sehingga hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.

Hishammuddin yang lembik?

Ramai sedia maklum sebelum ini Hishamuddin telah diserang teruk oleh ramai orang di media massa kerana dikatakan sebagai seorang pemimpin UMNO yang sangat lembik. Saja aku fikirkan sendirian mengapa Hishamuddin telah diserang teruk hingga sebegini rupa.  
 
Bila aku kaji semula aku dapati sebenarnya Hishamuddin adalah seorang pemimpin UMNO yang sangat ditakuti oleh pembangkang. Biasalah bila musuh mula menggeruni seseorang pemimpin mulalah pemimpin tersebut diserang sebegitu teruk. 
 
Sayang sekali tidak ramai yang membela Hishamuddin sbelum ini, apa sebabnya aku tidak pasti, mungkin kerana ramai yang tidak tahu apa jasa besar Hishamuddin sebelum ini yang sangat ditakuti oleh pihak musuhnya.

Dari maklumat yang aku dapat sebenarnya Hishamuddin ada menyimpan rahsia besar seseorang pemimpin dengan Anwar Ibrahim. Mungkin kerana takutnya mereka pada rahsia tersebut maka mereka telah arahkan beberapa blogger untuk menyerang Hishamuddin hingga membuatkan rakyat Malaysia percaya kononnya Hishamuddin ini seorang yang lembik.  
 
Punca bermulanya Hishamuddin dikatakan sebagai seorang pemimpin yang lembik apabila beliau mula memegang jawatan Menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika sebelum ini. Disebabkan Hishamuddin kerap memberi amaran dan tidak mengambil terus sesuatu tindakan bila terjadi sesuatu kejadian dan peristiwa telah menyebabkan beliau adalah seorang Menteri yang amat lembik.
 
Ibarat menarik rambut dalam tepung, bagi aku inilah sebenarnya tindakan yang Hishamuddin selalu lakukan demi memastikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia sentiasa terjamin. Alhamdulillah negara Malaysia masih aman dan makmur hingga sekarang.
 
Bukan senang bagi seseorang pemimpin untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Dalam Negeri kerana ia melibatkan pelbagai cabaran, tambahan pula sewaktu Hishamuddin memegang jawatan Menteri KDN, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah besar terutamanya dari pihak pembangkang yang semakin biadab dan kasar untuk menghadapi pilihan raya ke 13.
 
Cuba kita lihat sewaktu Hishamuddin memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dahulu. Setiap program yang beliau lakukan dan beliau hadiri memang akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan tidak kira di mana sekali pun tempatnya. 
 
Ini menunjukkan bahawasanya beliau memang disukai oleh rakyat Malaysia tidak kira dari bangsa mana sekali pun. Program-program yang biasanya beliau lakukan memang akan mendapat banyak manfaat untuk golongan muda mahu pun tua. 
 
Kita lihat pula waktu itu prestasi sukan negara mencapai tahap yang membanggakan, jika tidak masakan seorang pemimpin bijak pandai seperti Tun Mahathir boleh memilih dan meletakkan Hishamuddin sebagai Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu.

Selepas Hishamuddin memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, beliau mula dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Aku nampak disebabkan jasa dan hasil kerja kuatnya ramai kakitangan awam mula mendapat kenaikan gaji yang tinggi dan pelbagai lagi manfaat yang dinikmati oleh kakitangan awam hingga sekarang, sesuai dengan Wawasan 2020 yang mahukan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi untuk masa hadapan.
Kemesraan Hishamuddin bercampul gaul tidak kira sesiapa sahaja memang telah membuatkan ramai orang suka pada dirinya. Aku sendiri pernah disapa oleh beliau pada suatu ketika dahulu dan beliau yang dahulu bertanya khabar sihat diri aku. 
 
Bila mengenangkan betapa baik budi pekertinya memang membuatkan aku musykil dan terfikir mengapa beliau diserang teruk hingga sebegini. 

Kalau nak diceritakan tentang jasa Hishamuddin memang berlambak sangat la..  Mungkin aku akan keluarkan lagi cerita tentang jasa Hishamuddin ini untuk masa akan datang. Bukan apa, bila aku fikirkan semula jika UMNO kehilangan pemimpin sebegini amat rugilah jadinya. Jasa dan kesetiaannya pada Parti Keramat Melayu ini tidak ada tandingnya.

Semoga Hishamuddin akan terus berjuang demi melaksanakan Wawasan 2020 untuk rakyat negara Malaysia.

Pegawai JAIP mati ditembak lelaki jubah hitam





Lagi kes tembak. Kali ini, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Malek maut ditembak tiga lelaki kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Kejadian itu berlaku di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati ditempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

Allahyarham sebelum ini tegas dalam menjalankan penguatkuasaan agama dan pada 29 September lalu, arwaj mengadakan sidang akhbar terakhirnya berikutan penahanan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuaters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur, Rompin, yang disyaki mengamalkan ajaran salah itu sejak enam tahun lalu.

Selain Syiah, arwaj juga dikenali aktif membanteras kes ajaran sesat 'Tuhan Haron' dan mengadakan operasi maksiat di kelab-kelab malam.

Pengawal Keselamatan bunuh pegawai AmBank ditangkap

Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat 
oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya selepas ditahan di Kota Tinggi, 
Johor, awal pagi Ahad.
KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.



Berkas Suspek Rompak, Bunuh Pegawai AmBank: Najib Ucap Syabas, Terima Kasih Kepada Polis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran kejayaan menahan suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank pada 23 Okt lepas di Kota Tinggi pada Ahad.

"Syabas dan terima kasih PDRM," katanya dalam tweet terbaharu beliau diikuti sisipan kandungan tweet Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung tangkapan itu.

Khalid menerusi akaun Twitternya pagi tadi mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan suspek.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, Pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.
 
Pengawal keselamatan tembak mati Norazita ditahan reman

PENGAWAL keselamatan yang terlibat dalam kes tembak mati pegawai Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek yang dikawal ketat oleh anggota polis tiba di mahkamah kira-kira pukul 3.30 petang tadi selepas berjaya ditangkap oleh Pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pagi tadi.

 

Friday 8 November 2013

Jangan polemik isu kubur

SEGAMAT – Isu mengenai jasad ditemui berada dalam keadaan elok semasa kerja-kerja penggalian dan pemindahan kubur yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak tidak seharusnya dipolemikkan.

Malah ia tidak seharusnya menjadi alat politik kepada masyarakat di luar sana.

Kontraktor dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor (Maij) untuk menjalankan kerja pemindahan kubur berkenaan, Jamaluddin Sapuan, berkata, mereka yang tidak tahu perkara sebenar di tanah perkuburan Islam Batu Badak, di sini, tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan.

“Saya tahu isu kubur ini sudah tersebar luas di luar sana terutamanya di Facebook. Apa yang mendukacitakan, apabila mereka bercakap seolah-olah mereka ini lebih arif tentang pekerjaan ini.

“Tanpa disedari, komen-komen mereka ini telah menggores hati waris-waris jenazah yang dikebumikan di sini. Saya sudah 22 tahun terlibat dalam kerja sebegini tambahan pula pekerjaan saya sebagai Penyelia Tanah Perkuburan Islam Daerah Kota Tinggi membuatkan saya dekat dan arif tentang situasi yang berlaku di sini dan disebabkan itu Maij telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan kerja ini,” katanya, di sini, semalam.

Jamaluddin berkata, isu itu harus dihentikan serta-merta kerana dibimbangi akan menjejaskan kerja-kerja pemindahan memandangkan terdapat 350 buah kubur yang harus dipindahkan melibatkan tiga buah kawasan perkuburan Islam.

Katanya, beliau telah mendapat kebenaran daripada Mufti Johor untuk memindahkan kubur tersebut, namun mengakui memang terdapat beberapa jasad yang mana kain kapannya masih dalam keadaan elok di tanah perkuburan berkenaan.

“Sejak hari pertama penggalian sehingga kelmarin, terdapat 12 jasad yang dikeluarkan dan keadaan kain kapannya masih berada di dalam keadaan baik cuma sedikit kotor dan lusuh.
Selepas dikeluarkan, kami terus menyarungkan dengan kain kapan yang baharu sebelum dimasukkan ke dalam keranda untuk ditanam di tanah perkuburan yang baharu di Kampung Alai.

“Lagipun jasad yang kain kapannya masih elok ini baru berusia di antara tujuh dan 11 tahun dan boleh dikategorikan sebagai baharu lagi. Apa yang dikatakan jasad yang sempurna apabila jasadnya tetap sama tidak berubah seperti hari pertama dikebumikan. Tetapi di sini, cuma keadaan kain kapannya sahaja yang elok dan sedikit bahagian anggota badan yang tidak terusik,” katanya.

Jamaluddin juga tidak menafikan bahawa pernah berhadapan dengan keadaan jasad yang langsung tidak terusik meskipun sudah 30 tahun dikebumikan.

“Bagi saya keadaan seperti ini yang boleh diangkat menjadi iktibar dan pedoman kepada mereka yang hidup,” katanya.

Misteri bau harum?

Pada hari pertama kerja-kerja memindahkan kubur dilakukan, terdapat bau harum dan wangi di sekitar kawasan kubur berkenaan yang dirasai semua pihak.

Jamaluddin berkata, perkara itu biasa bagi dirinya dan menganggap bau berkenaan sebagai salah satu tanda kebesaran ALLAH SWT untuk ditunjukkan kepada umat akhir zaman.

“Kalau betul wangian tersebut datang daripada kawasan kubur ini, kita amat beruntung kerana dapat menghidu wangian syurga.

Tetapi ketika itu terlalu ramai pengunjung dan waris yang hadir. Saya bimbang wangian tersebut datang daripada minyak wangi mereka.

“Walau apa pun, saya harap semua dapat ambil iktibar dan pedoman daripada isu ini kerana bukan semua di antara kita yang beruntung berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang waris kepada dua jasad yang tidak terusik, Rahmah Mohd Zain, 77, berkata, ia merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan situasi seperti ini dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT di depan mata.

“Dahulu saya tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur atuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Tetapi kubur kakak ipar (Senyum Salleh) dan adik lelaki saya (Harun Mohd Zain) sahaja yang masih elok kain kapannya.

“Adik saya meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Chaah ketika berumur 68 tahun. Saya sempat menyentuh kain kapannya dan terasa ada lagi dagingnya,” katanya.

Rahmah yang merupakan guru agama turut menafikan bahawa gambar dua jasad yang tersiar di media sosial didakwa sebagai suami isteri adalah tidak benar, sebaliknya tiada sebarang perhubungan.

“Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran. Sewaktu hayatnya, Ahmad Raof ini memang merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini.

“Arwah Mehran pula merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengajar mengaji tanpa mengharapkan sebarang upah. Mungkin itu adalah sebab mengapa jasadnya tetap terpelihara,” katanya.

Rahmah juga berharap supaya gambar jenazah ini tidak disebarkan sesuka hati tanpa kebenaran keluarga waris sebagai menghormati permintaan mereka.

Pada masa sama, kawasan perkuburan Islam Batu Badak didatangi oleh ramai pengunjung yang mahu menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan. - SINAR HARIAN