KUALA LUMPUR: Kedudukan PAS di Kelantan tidak tergugat meskipun
terpaksa bersendirian untuk berdepan dengan gabungan pembangkang baru,
Pakatan Harapan (PH) selain seteru utamanya Barisan Nasional (BN).
Malah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yakin PH dianggotai
PKR-DAP-Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai pengaruh dan
kekuatan di peringkat akar umbi di negeri itu.
"Di Kelantan ini DAP tiada, PKR pun satu kerusi sahaja dan PKR selama ini menumpang jentera PAS," katanya kepada Antarapos.